Sunday 30 December 2012

Dia Yang Terakhir - FdLyI

Ku ingin selamanya mencintai dirimu
Sampai saat ku akan menutup mata dan hidupku
Ku ingin selamanya ada di sampingmu
Menyayangi dirimu sampai waktu kan memanggilku

Fadly Ishak 











Best Moment in 2012


I YOU SO MUCH FADLY ISHAK !

Saturday 15 September 2012

Mr-Mr Happiness

Afiq Mohsin & Monir Morad
Tak betul, teruk, sakai
Tu yang sesuai untuk aku cakap pasal diaorang
Tapi diaorang sentiasa ada bila aku perlu kann
Diaorang yang hilang penatkan aku, tension aku, sedih aku, masalah aku
Sakai-sakai, cepatlah habis shooting
Aku rindu korang doe, damn !

Encik-encik Sakai
Selepas sesi melalak


Miss this moment and miss them !

Kitaorang nampak cumel bila begini :)


Afiq sangat hebat bila bergamba :D


Monir feeling-feeling bos -.-"
* Sorry doe selalu buat masalah kat korang, aku yang buat korang yg kena . Hahahaa
   Sebab tuu aku sayang korang berdua

Sunday 5 August 2012

Mengapa Aku ?

Tuhan,
Mengapa aku yang dia pilih untuk kenal ?
Mengapa aku yang dia pilih untuk suka ?
Mengapa aku yang dia pilih untuk sayang ?
Mengapa aku yang dia pilih untuk cinta ?
Mengapa aku yang dia pilih untuk bersama ?
Mengapa aku yang dia pilih untuk bahagia ?

Tuhan,
Mengapa aku yang dia pilih untuk salah faham ?
Mengapa aku yang dia pilih untuk pertelingkahan ?
Mengapa aku yang dia pilih untuk bermasam muka ?
Mengapa aku yang dia pilih untuk menderita ?
Mengapa aku yang dia pilih untuk berpisah ?
Mengapa aku yang dia pilih untuk melupakan ?

Tuhan,
Mengapa aku yang Kau pilih untuk menjalani semua ini ?
Mengapa aku ?
Mengapa aku Tuhan ?
Berikanlah aku jawapan .

Thursday 19 July 2012

Surat Untuk Hati

Hati,
Aku menulis surat untuk kau menyedari tentang hal ini .
Kenapa Hati ? Kenapa kau buat aku macam ini ?
Kenapa kau mesti jatuh cinta lagi ?
Kenapa kau buat aku harus memilih .
Sedangkan kau tahu Hati yang aku tidak pandai untuk memilih .
Aku juga tidak sanggup untuk meninggalkan .

Hati,
Aku tidak tahu siapa yang bersalah .
Aku, mereka atau kau Hati ?
Aku cuba untuk tidak menyayangi mereka .
Tapi kenapa mesti ada sayang Hati ?
Hati tahukan cinta ini hanya untuk seorang .
Tapi bagaimana untuk aku lakukannya ?
Aku menyanyangi mereka Hati .
Dan tak sanggup untuk kehilangan .

Hati,
Aku kah yang bersalah ?
Aku kah yang memulainya ?
Atau mereka yang bersalah ?
Mereka kah yang memulainya ?
Atau kau Hati ?
Adakah kau yang bersalah ?
Adakah kau yang memulainya ?

Hati,
Bantulah aku .
Tolonglah aku .
Aku mencuba dan aku tak mampu .
Jadi kali ini,
AKU HARUS JUJUR !

Monday 5 March 2012

Macdie

Terima kasih :)
Firstly sebab belanja makan .
Secondly sebab buat happy .
Lastly sebab marah tak habis makan ais cream .
*Bagi tahu mama! Hhehehee .
Ok, sangat tak boleh berhenti ketawa tahuuu .
Untuk pertama kalinya kami keluar setelah berkali-kali tak jadi dan dah dekat setahun .
Walaupun tempat kerja dia hanya sebelah rumah aku .
Kelakar bukan?
Kenal masa hari sukan sekolah adik aku .
Tak tahu macam mana boleh kenal dan rapat .

Cepat sangat masa berlalu .
Tanpa kita sedari semakin lama kita semakin meningkat usia .
Tapi kita masih juga sama, tidak berubah .
Masih di telakuk yang sama .
Kerana masih tidak bersyukur dengan apa yang dikurniakan .
Walaupun kita tahu dunia semakin tua,
Alam semakin dimamah usia .
Dan aku semakin merepek .
Pasal lain aku nak cerita, pasal lain yang aku tulis -.-

Ni baru makan malam, belum dating lagi
Hhahaha! Awak sangat kelakar . kite sukee keluar dengan awak .
Kite akan tunggu dan tuntut dating dari awak, Ahmad Zaidi Taharim !

Monday 27 February 2012

Sudah berapa lama ?

Sudah berapa lama agaknya aku tidak baring mengadap langit ?
Sudah berapa lama agaknya aku tidak menangis bila melihat hujan ?
Sudah berapa lama agaknya aku tidak bersyukur melihat matahari ?
Ya Allah, aku lupa akan kekuasaan Mu .

Aku terlampau gembira dan bahagia sehingga aku lupa ape itu
kesedihan, kesensaraan dan kedukaan .
Sekarang aku merasai semua tu, aku kesorangan .
Ye, hidup aku cuma dia tp sekarang, hidup aku cuma study aku .
Aku hilang dia .
Aku tak harapkan lebih dari dia, sekadar sms aku kalau tak nak call .
Aku tak minta kata sayang "I LOVE YOU"
Aku tak minta kata rindu "I MISS YOU"
Aku sekadar mahukan sedikit ingatan . Sikit saja, tak banyak !

Sudah berapa lama agaknya aku kehilangan dia ?
Sudah berapa lama agaknya aku merindui dia ?
Sudah berapa lama agaknya aku kesorangan tanpa dia ?
Sudah berapa lama ? Tolonglah cakap !


Dia, memang hanya dia

Ku selalu memikirkannya

Tak pernah ada habisnya

Benar, benar hanya dia

Ku selalu menginginkannya

Belaian dari tangannya

Mungkin hanya dia

Harta yang paling terindah

Di perjalanan hidupku

Ku ingin kau tahu isi hatiku

Ku ingin aku selalu di fikiran mu

Kau yang selalu larut dalam darahku

Tak ada yang lain, hanya kamu!

Monday 13 February 2012

KENAPA ? Terima Kasih

Sekarang ni banyak perkataan KENAPA berlegar -legar di otak aku .
Ingin aku menjerit, KELUAR!!!!
Namun semakin banyak, banyak, banyak dan banyaaakkkkk!
Oh Tuhan, mengapa aku jadi begini ?
Tiba -tiba aku tersetap dan tersedar, baru aku mengetahui mengapa perkataan
KENAPA sentiasa ada dalam otak aku .
Kerana KENAPA mengingatkan aku pada Tuhan .
Bila kita mempunyai banyak persoalan dan permasalahan dalam hidup,
baru kita ingat padaNya .
Meminta pertolongan dan petunjuk disaat memerlukanNya .
Namun bila kita gembira, bahagia . Ada kita ingat padaNya ?
Mungkin ye, mungkin tidak .
Pada saat ini, aku terasa begitu kecil dan kerdil .
Berasa malu dan hina dengan KENAPA kerana ia mampu mengingatkan aku pada
Tuhan tapi diri aku sendiri tidak mamapu mengingatkan aku pada Tuhan yg satu .

Saturday 11 February 2012

bila manusia kurang BIJAK !

Anda rasa diri anda bijak ?
Anda rasa diri anda bagus ?
Anda rasa diri anda hebat ?
Jika ya jawapannya, anda adalah orang yg kurang cerdik dan memalukan !
Kenapa ? Anda baca status -status anda atau kawan -kawan di Facebook, Twitter dan sebagainya .
Maka anda akan tahu ape yg membuatkan anda, mereka atau korang kurang cerdik atau LOSER !


* idea coming on my mind =)

Hari ni mane -mane je pergi semua sibuk tengok bola .
Apa kena -mengena orang yg tengok bola dengan orang yg merasa dirinya bagus ?
Soalan yg bijak !
Sesetengah orang yg tengok bola ni semuanya kurang bijak !
Sebab kalau tengok perlawanan bola mesti ade yg maki -hamun .
Ade sampai yg sesetengah tu siap BENCI dekat negara, negeri or club pihak lawan .
Come on, korang semua ade otak kan ?
Gunalah sebaik -baik mungkin otak tu .
Jangan sebab bola or ape -ape perlawanan lah korang rakyat Malaysia jd tak bijak .
Bergaduh sebab benda yg remeh -temeh .
Ni zaman 2012, bukan 1202 yg ade pemikiran lg .
Aku tahu korang tak jahil sbb kadang aku tengok korang post pasal Islam .
Aku respect korang bab -bab tu .
Tapi bila korang post pasal bola dan maki -hamun, marah -marah .
Tu dah menunjukkan yg korang ni loser .
Sudah lah, hentikan semua perbuatan bodoh korang ni .
Tak kemana pun .

Wednesday 4 January 2012

Kawan

Mula -mula aku tak nak tulis pasal benda ni tp
aku nak sangat tahu ape itu KAWAN .
Kali ni bukan hanya korang tp kita . Kita semua .
Sesetengah orang kurang dan lansung tak faham ape itu kawan .
Ye, ramai yg cakap kawan perlu ade setiap masa dengan kita,
tak kira sedih or gembira . TAPI !
Pernah ke kita jaga perasaan seorang kawan ?
Pernah ke kita fahami diri seorang kawan ?
Betul ke title kawan dimata kita ?

Kita ade kawan . Ye, ramai kawan .
Kita mungkin boleh jaga perasaan ramai kawan tp
boleh ke kawan yg ramai jaga perasaan kita ?
Hummm . . .
Mungkin boleh, mungkin tidak atau mungkin mustahil .
Sebab kadang kita boleh maafkan kesalahan yg kawan -kawan kita buat
tapi mereka mungkin tak boleh maafkan kesalahan yg kita buat .
Bagi aku kawan banyak jenis . Macam cendawan .
Kenapa cendawan ? Sebab . .
Ade yg elok, ade yg tak . Ade yg boleh dibuat ubat dan ade yg jadi racun .

Kawan baik .
Kita angap die macam ahli keluarga sendiri .
Setiap saat die mesti ade dengan kita tuk dengar cerita -cerita kita tanpa mengeluh .
Orang kate kawan baik akan ade dengan kita sampai mati .
Kawan baik sanggup lakukan ape saje demi kita .
Betul ke ?
Kalau kita mati, nak ke kawan ikut mati sama -sama ?
Kalau kita nak girlfriend or boyfriend kawan, nak ke kawan bagi ?
I don't think so .

Kawan biasa .
Ramai . Ramai sangat kawan biasa .
Even kita baru kenal pun kita boleh cakap kawan biasa .
Tapi kawan yg kita dah lame kenal
belum tentu nak anggap kita sebagai kawan .
Malah kawan biasa nak ke anggap kita sebagai kawan ?
Selalunya kawan biasa boleh jadi kawan baik .
Dan selalunya juga kawan biasa boleh jadi kawan yg tak berapa nak baik .

Kawan makan kawan .
Ni yg kadang -kadang kita tak jangka .
Walau pun kita anggap die kawan baik tp
boleh jd kawan makan kawan bila ade perasaan dengki dalam diri .
Punyalah banyak benda yg boleh dimakan, kawan jugak yg dimakannya .
Depan kita, die sangat baik tapi pada hakikatnya die tak seperti yg kite kenal .
Bila dah kena baru kita tahu betapa kejamnya die !

Tak kira mereka mahupun kita semua, kawan itu penting . Sangat penting dalam kehidupan seharian kita . Pernah dengarkan ayat " Life Will Suck Without Friend " . Ayat tu sangat betul . Hidup memang tak sempurna tanpa kawan sebab kawan yg mencorak hidup kita tapi kawan macam mana, kita sendiri yg menentukan . Kerna kawan boleh mencorak hidup kita berwarna warni tapi setengah kawan boleh mencorakan hidup kita menjadi hitam . Kenal sebaik mungkin sebelum nak label kan dia sebagai Kawan baikKawan biasa atau Kawan makan kawan . So hati -hati bila memilih kawan .